Hosting Unlimited Indonesia

NABI YUSHA' AS (Salah satu Dari 124 Ribu Nabi)



Nabi Yusha’ bin Nun as adalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin Bani Israel memasuki kota Juruselam. Nabi Yusha’ bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang panglima perang yang berkaliber. Sepertimana Rasulullah SAW, baginda sangat mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Baginda tidak mahu ada di antara pejuang jihad tertarik kepada duniawi. Baginda mahukan pejuang yang benar-benar mencari syurgawi.

Baginda memiliki beberapa mukjizat yang dianugerah Allah SWT dan di antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda,

Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya’”.

Beliau (Rasulullah) berkata, “Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”
 (HR. Bukhari dan Muslim) 

 Melalui hadis ini dapat diketahui bahawa Nabi yang dimaksudkan adalah Yusha’ bin Nun as. Ia berdasarkan satu hadis lain yang berbunyi,

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”
(HR Imam Ahmad)

Menurut Ibnu Ishq dalam riwayatnya bahawa Nabi Yusya’ as memimpin tentera-tentera untuk memasuki Baitul Maqdis pada hari Jumaat. Akan tetapi, waktu telah meningkat senja. Waktu senja merupakan titik perubahan hari menurut calendar masyarakat Bani Israel. Syariat Nabi Musa as diharamkan berperang pada Hari Sabtu kerana pada hari tersebut disediakan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Oleh yang demikian, Nabi Yusha’ as berdoa kepada Allah SWT untuk memberhenti matahari buat beberapa ketika bagi memberi ruang waktu padanya untuk berperang menentang musuh Allah ST. Nabi Yusha’ as bimbang jika mereka memberi ruang satu hari kepada musuh, pihak musuh bakal menyusun kembali kekuatan mereka. Dan ini merugikan Nabi Yusha’ as dan tentera-tentera baginda.

Berkenaan Nabi Yusha’ as, kitab Taurat juga menyatakan hal yang sama sepertimana sabda Rasulullah SAW ;

12 Then, on the day ADONAI* handed over the Emori* to the people of Isra’el, Y’hoshua spoke to ADONAI; in the sight of Isra’el he said, “Sun, stand motionless over Giv’on! Moon, you too, over Ayalon Valley!” 13 So the sun stood still and the moon stayed put, till Isra’el took vengeance on their enemies. 14 This is written in the book of Yashar. The sun stood still in the sky and was in no rush to set for nearly a whole day. There has never been a day like that before or since, when ADONAI listened to the voice of a man; it happened because ADONAI was fighting on Isra’el’s behalf.   Joshoa 10:12-14

*Adonai adalah panggilan Tuhan bagi bani Israel. Emori pula adalah kaum Amorites yang mendiami Juruselam dan Baitul Maqdis.

Dengan yang demikian, dapat kita lihat bahawa Rasulullah SAW telah menunjukkan mukjizatnya apabila memberitahu perkara yang sama dengan apa yang disampaikan di dalam Taurat.

 TIGA ORANG RASUL DALAM SURAH YASIN AYAT 13-29



 Dalam Surah Yassin, ayat 13 sehingga 29, terdapat sebuah kisah yang diceritakan Allah SWT tentang tiga orang Rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan di sebuah negeri. Kisah tersebut dimulai dengan dua orang Rasul sebelum ditambah kepada tiga orang selepas mendapati masyarakat di negeri tersebut masih ingkar.

13. Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan Yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) Iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

14. Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) Dengan Rasul Yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: `Sesungguhnya Kami ini adalah diutuskan kepada kamu'.

Walaubagaimanapun, masyarakat tersebut masih lagi engkar, mereka mendakwa kehadiran mereka bertiga menyebabkan masih mereka berubah malang. Ternyata dakwaan mereka tiada asasnya dan hanya untuk menutup kesalahan mereka. Masyarakat tersebut seterusnya mengugut untuk membunuh ketiga-tiga orang Rasul tersebut.

15. Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti Kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama Yang kamu dakwakan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".

16. Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui Bahawa Sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul Yang diutus kepada kamu,

17. "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya Dengan cara Yang jelas nyata".

18. Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya Kami merasa nahas dan malang Dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas Yang kamu katakan itu), tentulah Kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak Kami azab seksa Yang tidak terperi sakitnya".

19. Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) Yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam Kami Dengan apa Yang kamu katakan itu)? (kamu bukanlah orang-orang Yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

Kemudian, datang seorang pemuda ke arah kaum beliau untuk menyatakan keyakinan beliau terhadap tiga orang Rasul tersebut. Dipercayai bahawa pemuda beriman tersebut terbunuh dan mati syahid.

20. Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu Dengan berlari, lalu memberi nasihat Dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

21. "Turutlah orang-orang Yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

Ayat-ayat seterusnya memperihalkan hal-hal di alam ghaib yang mana lelaki tersebut diceritakan oleh Allah SWT telah diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga akibat imannya terhadap ketiga-tiga Rasul tersebut.

22. Dan (apabila ditanya: sudahkah Engkau menerima ugama mereka? maka jawabnya): "Mengapa Aku tidak menyembah Tuhan Yang menciptakan daku, dan Yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

23. "Patutkah Aku menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari Allah? (sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

24. "Sesungguhnya Aku (kalau melakukan syirik) tentulah Aku pada ketika itu berada Dalam kesesatan Yang nyata.

25. "Sesungguhnya Aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.

26. (setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke Dalam Syurga". ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui

27. "Tentang perkara Yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang Yang dimuliakan".

28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

29. (kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan Dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka Dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi

Kisah tiga orang Rasul tersebut berakhir pada ayat 29 dengan firman Allah SWT yang menyatakan seluruh kaum tersebut dimusnahkan dengan satu teriakan suara yang dashat. Ahli Tafsir menyatakan bahawa ketiga-tiga orang Rasul tersebut adalah hawari nabi Isa as yang diutuskan ke sebuah negeri yang dipercayai sebagai Antioch (kini berada di Turki). Mereka adalah Shadiq, Mashduq dan Syam’un. Pada masa itu, masyarakat Antioch menyembah berhala dan langsung tidak mengenal Allah SWT.

Walaubagaimanapun, dakwaan yang menyatakan tiga Rasul tersebut adalah hawari-hawari Nabi Isa as ditolak sepenuhnya oleh Ibnu Kathir kerana bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang pernah menyatakan bahawa tiada Rasul diutuskan di antara kerasulan Isa as dan baginda Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment

Subscribe via email